ACOM Personal Loan Perluaskan Liputan Perkhidmatan ke Seluruh Semenanjung Malaysia: Pinjaman Peribadi Pantas, Mudah dan Dipercayai
ACOM dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perkhidmatan Pinjaman Peribadi ACOM kini diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia. Peluasan ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kemudahan untuk memohon pinjaman peribadi ACOM, sama ada anda berada di bandar besar mahupun di kawasan lain di Semenanjung Malaysia.
Sepanjang proses permohonan, kami sedia membantu bagi memastikan pengalaman anda lebih mudah dan lancar.
Penyelesaian Kewangan untuk Pelbagai Keperluan
Setiap orang mempunyai keperluan kewangan yang berbeza. Sama ada untuk tujuan perbelanjaan perubatan, kos pendidikan, pengubahsuaian rumah, penyatuan komitmen kewangan atau perbelanjaan penting yang lain. Pinjaman Peribadi ACOM dapat membantu anda mengurus keperluan kewangan dengan lebih terancang.
Dengan peluasan liputan perkhidmatan ini, lebih ramai pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia kini boleh mendapatkan akses kepada penyelesaian kewangan yang mudah dan dipercayai.
ACOM Kini Berkhidmat di Seluruh Semenanjung Malaysia
Pinjaman Peribadi ACOM kini boleh diakses di negeri berikut :
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
Tidak kira di mana anda berada, anda boleh mengemukakan permohonan Pinjaman Peribadi ACOM dan kami akan membantu anda sepanjang proses permohonan.
Mengapa Memilih Pinjaman Peribadi ACOM?
Apabila memilih penyedia pinjaman peribadi, kepercayaan dan ketelusan amat penting. Di ACOM, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang profesional serta bertanggungjawab.
Antara kelebihan ACOM ialah:
- Diperakui ISO/IEC 27001:2022 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (No. Sijil: ISMS 00614).
- Berlesen dan diberi kebenaran oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
- Maklumat pinjaman yang jelas dan telus.
- Anak syarikat milik penuh ACOM Co., Ltd., Jepun, sebuah syarikat pembiayaan pengguna yang terkemuka.
- Pasukan khidmat pelanggan yang sentiasa bersedia membantu.
Mengenai ACOM(M)
ACOM (M) ialah penyedia pembiayaan peribadi dalam talian berlesen KPKT di Malaysia. Ia menawarkan pinjaman yang dipercayai dan telus dengan proses permohonan mudah serta kelulusan yang pantas.
Mohon pinjaman peribadi anda secara online di https://acom.com.my/
