Soalan Lazim

Sekiranya saya membuat pinjaman RM3,000. Apakah gambaran jadual pembayaran balik?

Amaun Pinjaman: RM3,000

Tempoh Pinjaman: 6 bulan

Kadar Faedah: 18.0% setahun

Fi: Fi pesuruhjaya sumpah RM10 dan caj LHDN RM15

(RM) Baki Prinsipal Ansuran Bulanan Amaun Prinsipal Amaun Faedah
Amaun Pinjaman: 3,000 - - -
Pembayaran Pertama 2,532 545 467.86 77.14
Kedua 2,051 545 480.71 64.29
Ketiga 1,558 545 493.57 51.43
Keempat 1,051 545 506.43 38.57
Kelima 532 545 519.29 25.71
Pembayaran Terakhir 0 545 532.14 12.86
Jumlah pembayaran: 3,000 3,270 3,000 270

Bagaimanakah cara untuk saya memohon pinjaman peribadi ACOM (M) ?

Untuk melengkapkan kontrak anda, anda perlu melawat pejabat kami sehingga kami melancarkan pinjaman peribadi dalam talian.

Sekiranya anda memerlukan bantuan dan maklumat lanjut, sila SMS melalui WhatsApp: 03-2382-8020.

Apakah dokumen dan kelayakan yang diperlukan?

  • Dokumen Diperlukan
  • 1.Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
  • 2.Penyata bank pengkreditan gaji 2 bulan terkini (dalam PDF)
  • 3.Slip gaji 2 bulan terkini (dalam PDF)
    Atau penyata KWSP terkini dengan caruman minimum 2 bulan (dalam PDF)
  • 4.Bil utiliti terkini (air, elektrik, dll.)
  • 5.Lain-lain seperti yang dikehendaki oleh ACOM(M) (jika ada)
  • Kelayakan
  • 1. Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • 2. Pendapatan Bulanan Minimum RM500
  • 3. Pekerja Swasta dan kerajaan
  • 4. Warganegara Malaysia
  • 5. Tidak Muflis
  • 6. Tidak Terlibat dengan Politik

Berapakah jumlah pinjaman yang boleh saya mohon?

Untuk kontrak pertama, anda boleh meminjam sehingga 0.5 kali ganda daripada pendapatan bulanan anda dan tidak melebihi RM10,000.

Untuk kontrak subsequence, anda boleh meminjam sehingga 5 kali ganda daripada pendapatan bulanan anda dan tidak melebihi RM100,000.

*Amaun yang anda boleh pinjam berbeza-beza bergantung pada hasil penilaian kredit anda.

Berapakah kadar faedah?

Kadar faedah tahunan adalah sehingga 18.0%.

Apakah tempoh pinjaman minimum dan maksimum?

Tempoh pinjaman minimum ialah 6 bulan dan tempoh pinjaman maksimum ialah 60 bulan (5 tahun).

*Pada permohonan pertama anda, tempoh pinjaman ialah 6 bulan tanpa mengira jumlah pinjaman.