Jelajahi Perkhidmatan Pinjaman Online ACOM:
Pinjaman Peribadi Online dan Pinjaman Tambah Nilai

ACOM Malaysia Sdn. Bhd. (ACOM (M)) memahami bahawa ketidakstabilan kewangan boleh memberi tekanan besar pada individu dan keluarga. Dalam menghadapi situasi sebegini, memiliki rakan kewangan yang boleh dipercayai adalah amat penting.

Sebagai penyedia penyelesaian kewangan yang komited, kami telah merangka perkhidmatan pinjaman online yang direka khusus untuk menjadi pantas, mudah, cekap dan boleh dipercayai. Matlamat kami adalah untuk memastikan pelanggan kami mendapat akses kepada bantuan kewangan yang selamat dan bertanggungjawab, tidak kira di mana mereka berada dalam perjalanan kehidupan.

Dengan ACOM (M), anda boleh melangkah ke hadapan dengan keyakinan, kerana kami sentiasa di sini untuk menyokong anda dalam setiap langkah kewangan anda.

Perkhidmatan Pinjaman ACOM (M)

Pinjaman Peribadi Online

Dalam kehidupan yang moden, hampir setiap keperluan memerlukan peruntukan kewangan yang mencukupi. Sama ada untuk situasi kecemasan, pembiayaan pendidikan anak, pengurusan bil bulanan, atau pemenuhan gaya hidup, pinjaman peribadi online kami direka untuk memastikan anda mendapat akses kepada dana yang diperlukan tepat pada waktunya.

Dengan ACOM (M), anda menikmati kemudahan dan keyakinan apabila berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang dipercayai. Berikut adalah beberapa kelebihan memilih pinjaman peribadi kami:

Kelulusan Pantas

Permohonan pinjaman peribadi ACOM boleh dibuat sepenuhnya secara online, dari mana-mana lokasi yang selesa untuk anda. Hanya isi maklumat ringkas, dan dengan dokumen lengkap, kelulusan boleh diperoleh seawal 24 jam*.

*Tertakluk kepada penilaian dan saringan secara individu.

Syarat-Syarat Fleksibel

Syarat-syarat fleksibel ACOM direka untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat. Daripada tempoh pembayaran balik hinggalah kepada syarat umur dan pendapatan, setiap permohonan dipertimbangkan secara peribadi dan profesional agar selaras dengan keperluan kewangan individu.

Tiada Caj Tersembunyi

ACOM (M) menawarkan pinjaman peribadi dalam talian yang pantas dan selamat di Malaysia tanpa sebarang caj tersembunyi. Anda tahu dengan jelas apa yang perlu dibayar tiada kejutan. Nikmati ketenangan fikiran, kelulusan pantas, dan sokongan yang mengutamakan keyakinan kewangan anda.

Syarat Pinjaman Fleksibel Kami

  • Jumlah Pinjaman

    Pinjaman boleh dibuat dari serendah RM250 hingga maksimum RM100,000, tertakluk kepada kelayakan dan penilaian kredit

  • Bayaran Balik Fleksibel

    Bayaran balik yang fleksibel tanpa caj penyelesaian awal. Selesaikan pinjaman anda pada bila-bila masa dalam tempoh pinjaman, memberikan anda kawalan penuh ke atas kewangan dan kebebasan untuk melangsaikan pinjaman mengikut kemampuan anda.

  • Ketelusan

    Tiada caj tersembunyi; hanya caj minimum untuk duti setem dan perakuan (attestation fee). Tiada caj lain dikenakan.

Pinjaman Tambah Nilai

Pinjaman Tambah Nilai ACOM ditawarkan khusus kepada pelanggan sedia ada yang memerlukan kewangan tambahan. Produk ini mengekalkan komitmen kami terhadap kemudahan, ketelusan dan kebolehpercayaan. Ianya bagi memastikan pengalaman Pinjaman Tambah Nilai yang lancar, mudah diurus, dan bertanggungjawab. Berikut adalah keistimewaan Pinjaman Tambah Nilai ACOM:

Integrasi Lancar

Akses kemudahan Pinjaman Tambah Nilai secara langsung melalui portal akaun pelanggan ACOM.

Terma Pembayaran Balik Lanjutan

Jadual pembayaran balik yang dikemas kini akan dikeluarkan selepas kelulusan pinjaman Tambah Nilai.

Permohonan Semula yang Lancar

Mudah tambah pinjaman sedia ada anda dengan permohonan semula yang pantas.

Pengecualian Faedah Tertunggak

Faedah tertunggak daripada pinjaman asal akan diketepikan (waive).

Jumlah Pinjaman Lebih Besar

Nikmati pembiayaan yang lebih tinggi tanpa peningkatan kadar faedah.

Kedua-dua Pinjaman Peribadi Mudah Lulus dan Pinjaman Tambah Nilai menawarkan proses permohonan yang lancar, transaksi yang selamat, dan kelulusan yang pantas. Di ACOM, kami komited untuk menyokong kesejahteraan kewangan anda serta memberikan ketenangan fikiran dalam menghadapi waktu yang mencabar.

Siapa Boleh Memohon

Pinjaman online mudah lulus ACOM memberikan kemudahan permohonan dengan syarat yang fleksibel, memastikan anda dapat mengakses pembiayaan dengan cepat dan mudah. Berikut adalah syarat-syarat utama:

  • Umur Pemohon

    Pemohon yang berumur antara 18 hingga 60 tahun, mempunyai bukti kewarganegaraan Malaysia, serta bekerja dan menetap di Malaysia.

  • Keperluan Pendapatan

    Dengan syarat pendapatan kasar bulanan serendah RM500, ACOM (M) menawarkan pinjaman yang mesra pelanggan dan mudah diakses di Malaysia.

  • Pengecualian

    Pemohon tidak boleh diisytiharkan muflis atau terdedah kepada aktiviti politik. Selain itu, individu yang bekerja secara bebas (freelance) tidak layak memohon.

Proses Permohonan Mudah Dan Tanpa Kerumitan

Permohonan pinjaman online mudah lulus ACOM boleh dilakukan sepenuhnya dalam talian, dengan langkah-langkah yang mudah dan efisien.

  • 1

    Isi Borang Dalam Talian

    Sila berikan butiran asas dan maklumat hubungan anda bagi membolehkan kami menghubungi anda

  • 2

    Lampirkan Dokumen

    Sila muat naik salinan MyKad, slip gaji terkini, penyata KWSP, serta bil utiliti terkini bagi tujuan pengesahan.

  • 3

    Proses Kelulusan

    ACOM (M) akan menyemak kelayakan kredit anda dengan mengambil kira nisbah hutang kepada pendapatan dan keadaan kewangan semasa.

  • 4

    Tandatangan Kontrak Dalam Talian

    Semak serta sahkan maklumat anda dan berikan tandatangan secara dalam talian untuk melengkapkan proses permohonan dalam talian.

  • 5

    Terima Dana

    Dana pinjaman akan dikreditkan ke akaun berdaftar anda dalam tempoh 24 jam bekerja selepas perjanjian ditandatangani secara dalam talian.

Komitmen Kami kepada Anda

Permohonan Mudah

ACOM (M) menekankan kecekapan dalam perkhidmatan. Proses permohonan direka untuk disiapkan dalam beberapa minit dengan keperluan dokumentasi yang minimum, memastikan pengalaman yang lancar dan mesra pelanggan

Wang Tunai Segera

ACOM (M) komited untuk pemprosesan yang pantas, dengan purata kelulusan dalam tempoh tiga hari bekerja dan/atau secepat 24 jam.

*bergantung kepada kelengkapan dokumen.

Penyedia Yang Dipercayai

ACOM (M) didaftarkan di bawah SSM dan dilesenkan mengikut Akta Peminjam Wang serta oleh KPKT. ACOM (M) memastikan setiap transaksi dijalankan dengan keselamatan, jaminan, dan ketelusan yang tinggi.

  • Warisan Amanah dan Kepakaran

    ACOM Malaysia Sdn. Bhd. (“ACOM (M)”), anak syarikat milik penuh ACOM Co., Ltd. dari Jepun, telah sinonim dengan penyelesaian kewangan yang boleh dipercayai sejak 1936. Ditubuhkan pada 1978, ACOM (M) telah diiktiraf sebagai peneraju dalam industri kewangan di Asia Timur selama lebih dua dekad. Dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam pinjaman peribadi di Jepun dan Thailand, ACOM (M) membawa kepakaran dan reputasi globalnya untuk menyediakan sokongan kewangan yang dipercayai.

  • Berlesen dan Diperakui Sepenuhnya

    ACOM (M) dilesen sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai penyedia pinjaman dan perkhidmatan kewangan sejak November 2022. Pada Januari 2024, ACOM (M) telah mendapat lesen untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi secara dalam talian, memberikan kemudahan akses kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Mulakan Perjalanan Kewangan Anda Bersama ACOM

Sama ada untuk keperluan kecemasan atau mendapatkan pembiayaan tambahan bagi mencapai matlamat hidup, ACOM (M) adalah rakan kongsi yang dipercayai dalam memastikan kestabilan kewangan dan ketenangan fikiran anda.

Mohon dalam talian sekarang dan nikmati kemudahan, fleksibiliti, serta kebolehpercayaan yang kami tawarkan. Sertai kami dan alami bagaimana perkhidmatan pinjaman ACOM (M) dapat membantu merealisasikan impian kewangan anda.