kalkulator pinjaman peribadi
Gunakan kalkulator pembayaran balik pinjaman percuma ini untuk anggarkan pembayaran ansuran bulanan pinjaman peribadi anda.
KIRA ANSURAN PINJAMAN BULANAN ANDA
Simulasikan pembayaran balik pinjaman bulanan anda di Malaysia dengan menggunakan kalkulator pinjaman peribadi kami.
Masukkan jumlah pinjaman, kadar faedah pinjaman, dan tempoh pinjaman untuk perancangan ansuran anda.
Penafian: Kalkulator pinjaman ini hanya memberikan anggaran untuk tujuan maklumat sahaja.
Angka yang ditunjukkan adalah anggaran dan bukan merupakan tawaran pinjaman atau nasihat kewangan.
Amaun Caj Faedah
RM 36,000
Amaun Ansuran Bulanan
RM 5,667
Amaun Bayaran Balik
RM 136,000
Untuk kontrak pertama anda, jumlah pinjaman adalah sehingga 0.5 kali ganda pendapatan bulanan anda (tidak melebihi RM10,000).
Dan tempoh pinjaman adalah 6 bulan tetap.
Fi Pembayaran Sekali ACOM (M)
Penafian: ACOM(M) tidak akan meminta sebarang bayaran
pendahuluan atau fi tambahan daripada pelanggan, kecuali
fi Setem Duti dan Fi pesuruhjaya sumpah yang dibenarkan di
bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
(Termasuk 8% SST)
Cara Penggunaan
Sila klik “Kira” selepas membuat sebarang perubahan untuk mengemas kini keputusan.
*Sila ambil perhatian bahawa ini hanyalah untuk rujukan
sahaja. Kadar faedah maksimum bagi pinjaman peribadi
tanpa cagaran di Malaysia ialah 18% setahun.
DUTI SETEM
Duti setem RM5 bagi setiap RM1,000 daripada jumlah pinjaman diluluskan.
Rujuk ilustrasi di bawah.
Fi Persuruhjaya Sumpah
RM10 (fi termasuk SST 8%).
Fi adalah tetap bagi setiap perjanjian
Duti Setem
Dikira berdasarkan formula yang dinyatakan di atas
BAGAIMANAKAH PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN BERFUNGSI?
Pembayaran balik pinjaman terdiri daripada tiga bahagian:
• Prinsipal (Amaun Pinjaman):
Adalah jumlah wang yang anda pinjam. Contohnya, jika anda meminjam RM 15,000, itu adalah prinsipal anda. Prinsipal yang lebih tinggi bermaksud pembayaran balik bulanan yang lebih tinggi.
• Kadar Faedah:
Merupakan kos pinjaman anda yang dinyatakan dalam bentuk peratusan setahun. Di Malaysia, kadar faedah bagi pinjaman peribadi lazimnya menggunakan kadar rata. Ini bermaksud faedah dikira berdasarkan jumlah pinjaman asal, iaitu prinsipal. Kadar faedah yang dikenakan boleh berbeza bergantung kepada pendapatan, skor kredit, jumlah pinjaman, serta tempoh pinjaman yang dipilih
• Tempoh Pinjaman:
Adalah tempoh pembayaran balik, biasanya dinyatakan dalam bulan atau tahun, di mana pinjaman perlu dibayar balik. Tempoh yang lebih lama mungkin menjadikan pinjaman lebih mampu dibayar setiap bulan, tetapi ia juga bermakna anda akan membayar lebih banyak faedah.
Bagaimanakah kalkulator pinjaman peribadi mengira kadar faedah?
Mengikut Seksyen 17A Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 di Malaysia, kadar faedah maksimum untuk pinjaman peribadi tanpa cagaran (pinjaman tanpa jaminan) tidak boleh melebihi 18% setahun.
Kadar faedah sebenar yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman berlesen akan berbeza-beza bergantung kepada skor kredit individu, kestabilan pendapatan, nisbah hutang sedia ada, dan keperluan lain daripada pemberi pinjaman.
Bagaimanakah kalkulator pinjaman peribadi mengira ansuran bulanan?
Kebanyakan pinjaman peribadi di Malaysia menggunakan struktur kadar faedah rata. Dengan menggunakan kadar rata, pengiraan adalah lebih mudah kerana faedah dikenakan pada prinsipal asal sepanjang tempoh pinjaman.
Kalkulator ini menganggarkan jumlah pembayaran balik berdasarkan prinsip pengiraan pinjaman standard, iaitu:
- • Prinsipal (Amaun pinjaman)
- • Kadar faedah (setahun)
- • Tempoh pinjaman
Ini membolehkan pengguna mensimulasikan senario pembayaran balik dan memahami bagaimana perubahan tempoh atau kadar faedah mempengaruhi jumlah pembayaran balik.
Berikut adalah formula biasa untuk mengira faedah ke atas pinjaman atau jumlah ansuran bulanan:
Amaun Faedah Dikenakan
= Prinsipal × Kadar Faedah (maksimum 18% setahun)
Ansuran Bulanan
= (Amaun Pinjaman + Amaun Faedah) ÷ Jumlah Bulan
Contoh senario:
Apakah Itu Kalkulator Pinjaman Peribadi?
Kalkulator pinjaman peribadi ialah alat untuk membantu anda menganggarkan jumlah ansuran bulanan anda dengan cara yang lebih mudah. Dengan menukar input utama pada kalkulator pinjaman peribadi percuma kami di atas, pengguna boleh melihat bagaimana pilihan pinjaman mempengaruhi kemampuan membayar dan komitmen jangka panjang.
Sila ambil perhatian bahawa ACOM(M) menyediakan kalkulator pinjaman peribadi ini hanya untuk tujuan pendidikan dan perancangan. Ia tidak mewakili tawaran pinjaman sebenar atau kadar yang diluluskan oleh ACOM(M).
Mengapa Menggunakan Kalkulator Pinjaman Peribadi?
Menggunakan kalkulator pinjaman peribadi membantu pengguna:
• Memahami komitmen pembayaran balik sebelum memohon:
Dengan melaraskan input dan pembolehubah yang membentuk komponen pinjaman peribadi, anda boleh menganggarkan komitmen bulanan yang perlu anda buat, mengikut pelan yang mungkin anda sedang pertimbangkan.
• Membandingkan tempoh pinjaman yang berbeza:
Dengan menggunakan kalkulator pinjaman peribadi anda boleh membandingkan kesan tempoh pinjaman yang berbeza. Ini akan membantu anda menentukan tempoh pinjaman anda dengan lebih baik. Tempoh yang lebih panjang biasanya bermaksud komitmen bulanan yang lebih rendah tetapi akan dikenakan faedah keseluruhan yang lebih tinggi, manakala tempoh yang lebih pendek biasanya akan mengurangkan faedah keseluruhan tetapi akan meningkatkan komitmen bulanan.
• Menilai kemampuan dengan lebih yakin:
Apabila anda mengetahui berapa banyak yang perlu anda bayar setiap bulan untuk melunaskan pinjaman peribadi, anda akan lebih yakin dalam menilai keadaan kewangan anda dan memutuskan pilihan yang paling sesuai dengan keperluan anda.
• Mengelakkan tekanan kewangan yang tidak perlu:
Dengan merancang dan mengetepikan jumlah wang yang diperlukan untuk memenuhi komitmen bulanan setelah pinjaman diambil, tekanan dan beban kewangan yang tidak perlu dapat dikawal dengan lebih baik.
Ini amat berguna terutamanya bagi individu yang berada pada peringkat awal kajian, yang ingin mendapatkan kejelasan sebelum mempertimbangkan atau memohon pinjaman daripada mana-mana pemberi pinjaman.
Kesimpulan
Mengambil pinjaman peribadi boleh membantu sekiranya anda menghadapi masalah kewangan akibat perbelanjaan besar yang tidak dijangka atau kos yang mendesak.
Sebelum membuat komitmen kepada sebarang pembiayaan, anda disarankan untuk menetapkan jangkaan kewangan yang realistik. Ini termasuk menganggarkan pembayaran balik pinjaman bulanan yang perlu anda buat dalam beberapa bulan akan datang. Kalkulator pinjaman peribadi adalah salah satu alat yang akan membantu anda membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat.
Di ACOM(M), kami percaya bahawa keputusan kewangan yang baik bermula dengan maklumat yang jelas dan mudah diakses. Oleh itu, kami menyediakan kalkulator pinjaman peribadi ini untuk pengguna kami.
Alat ini bersifat neutral dan mudah digunakan. Ia membolehkan anda meneroka pelbagai senario pinjaman. Dengan menukar prinsipal (jumlah pinjaman), kadar faedah, dan tempoh pembayaran balik, pengguna boleh menganggarkan komitmen untuk setiap senario.
Penafian Penting
Kalkulator ini hanya menyediakan anggaran untuk rujukan sahaja. Terma pinjaman sebenar, kadar faedah, yuran dan keputusan kelulusan mungkin berbeza berdasarkan profil kredit individu dan keperluan pemberi pinjaman.
Keputusan yang dipaparkan tidak mewakili terma produk khusus ACOM(M). Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ACOM(M), sila lawati: