ACOM (M) capai pensijilan ISO, kukuh keselamatan data pelanggan
12 Feb 2026

ACOM (M) capai pensijilan ISO, kukuh keselamatan data pelanggan

Kuala Lumpur: Penyedia pinjaman peribadi berlesen di Malaysia, ACOM (M) Sdn. Bhd. terus meraih kepercayaan pelanggan apabila berjaya memperoleh pensijilan ISO/IEC 27001:2022, iaitu standard antarabangsa bagi sistem pengurusan keselamatan maklumat.

 

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat terhadap perlindungan data peribadi dan kewangan pelanggan, selari dengan keperluan keselamatan siber serta pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia.

 

Pengarah Urusan ACOM (M) Sdn Bhd, Masahito Osawa, berkata memperoleh pensijilan berkenaan dalam tempoh dua tahun operasi di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, ia menjadi langkah penting dalam membina asas kepercayaan jangka panjang dalam kalangan pelanggan.

Menurutnya, perlindungan data bukan sekadar keperluan pematuhan, sebaliknya  menjadi elemen utama dalam memastikan keyakinan pengguna terhadap industri pinjaman peribadi.

 

Kami percaya bahawa kepercayaan adalah asas kepada kejayaan perniagaan.” 

Pensijilan ini membuktikan kesungguhan kami dalam melindungi maklumat pelanggan, di samping mengekalkan perkhidmatan yang pantas dan telus,” katanya.

 

Pensijilan itu turut menjamin bahawa semua data pelanggan ACOM dikendalikan, disimpan, dan diproses mengikut piawaian terbaik antarabangsa, sekali gus mengurangkan risiko kebocoran maklumat dan ancaman siber.

 

Pada masa sama, ACOM terus menetapkan penanda aras baharu dalam industri pinjaman peribadi tempatan dengan menawarkan proses kelulusan yang cepat, terma pinjaman yang jelas, serta pendekatan berteraskan keperluan pelanggan.

 

Melalui penggunaan platform digital yang selamat dan tadbir urus dalaman yang kukuh, syarikat itu berusaha memastikan setiap transaksi memenuhi tahap keselamatan maklumat yang ketat.

 

ACOM menyediakan pelbagai pilihan pinjaman peribadi yang fleksibel dan bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan kewangan pengguna, termasuk perbelanjaan harian dan situasi kecemasan, dengan jaminan pematuhan undang-undang serta ketelusan sepenuhnya.

 

Sebagai penyedia pinjaman berlesen di Malaysia, ACOM terus komited dalam memperkukuh amalan keselamatan data dan pembiayaan bertanggungjawab, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ekosistem pinjaman yang lebih sihat dan dipercayai.