Bolehkah AKPK Membantu Pinjaman Peribadi ACOM? Ini Yang Peminjam di Malaysia Perlu Tahu
07 Ogo 2026

Bolehkah AKPK Membantu Pinjaman Peribadi ACOM? Ini Yang Peminjam di Malaysia Perlu Tahu

Mengurus kewangan peribadi dan komitmen hutang boleh menjadi cabaran, terutamanya apabila berdepan dengan situasi kewangan yang tidak dijangka. Ramai rakyat Malaysia mencari panduan untuk mengurus pinjaman dengan lebih baik serta memahami bantuan yang tersedia.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memainkan peranan penting dalam membantu individu meningkatkan pengurusan kewangan melalui kaunseling, pendidikan kewangan dan bantuan pengurusan hutang. Pada masa yang sama, penyedia pinjaman berlesen seperti ACOM (M) Sdn. Bhd. menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada pelanggan yang layak.

Memahami perbezaan antara AKPK dan ACOM adalah penting, terutamanya bagi peminjam yang ingin mengetahui bagaimana Program Pengurusan Kredit berfungsi serta jenis pinjaman yang layak mendapat bantuan.

 

Apakah Itu AKPK?

AKPK atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu individu meningkatkan pengurusan kewangan dan menangani masalah berkaitan hutang.

Penting untuk difahami bahawa AKPK bukan pemberi pinjaman dan tidak menawarkan pinjaman peribadi atau pembiayaan.

Sebaliknya, AKPK menyediakan tiga perkhidmatan utama:

·       Kaunseling kewangan

·       Pendidikan kewangan

·       Program Pengurusan Kredit (Debt Management Programme atau DMP)

Objektif utama AKPK adalah membantu individu mencapai kestabilan kewangan melalui nasihat kewangan profesional serta membantu menyusun semula pembayaran balik hutang yang layak, jika berkenaan.

 

Bagaimana AKPK Berfungsi?

Sekiranya seseorang menghadapi kesukaran untuk membayar hutang, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada AKPK.

Secara amnya, proses ini melibatkan empat langkah utama.

 

1.      Penilaian Kewangan

Kaunselor kewangan AKPK akan menilai kedudukan kewangan pemohon berdasarkan:

ü  Pendapatan bulanan

ü  Perbelanjaan bulanan

ü  Komitmen hutang sedia ada

ü  Keupayaan pembayaran balik

Penilaian ini bertujuan menentukan sama ada pemohon layak menyertai Program Pengurusan Kredit (DMP).

 

2.      Kaunseling Kewangan

AKPK akan memberikan bimbingan mengenai penyediaan bajet, pengurusan perbelanjaan dan perancangan kewangan jangka panjang bagi membantu pemohon memperbaiki kedudukan kewangan mereka.

 

3.      Program Pengurusan Kredit (DMP)

Sekiranya layak, AKPK boleh berunding dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam program tersebut bagi menyusun semula jadual pembayaran supaya ansuran bulanan menjadi lebih mudah diurus.

 

4.      Pembayaran Balik Secara Berstruktur

Selepas persetujuan dicapai oleh semua pihak, peminjam akan membuat pembayaran mengikut jadual baharu yang dipersetujui di bawah Program Pengurusan Kredit.

 

Apakah Jenis Pinjaman Yang Dilindungi AKPK?

Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK lazimnya membantu kemudahan pembiayaan yang layak daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, antaranya:

 

·       Pinjaman peribadi daripada bank yang mengambil bahagian

·       Baki kad kredit

·       Pinjaman perumahan

·       Pembiayaan kenderaan

·       Kemudahan pembiayaan Islam

 

Kelayakan adalah tertakluk kepada penilaian AKPK serta dasar institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

 

Apakah Itu ACOM Personal Loan?

 

ACOM (M) Sdn. Bhd. ialah pemberi pinjaman wang berlesen di Malaysia yang beroperasi di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sebagai anak syarikat milik penuh ACOM Co., Ltd., Jepun, ACOM menawarkan kemudahan pinjaman peribadi secara dalam talian kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.

 

Berbeza dengan institusi perbankan, ACOM beroperasi di bawah rangka kerja kawal selia yang ditetapkan untuk pemberi pinjaman wang berlesen.

Semua permohonan pinjaman mesti dibuat secara terus melalui ACOM Customer Portal tanpa menggunakan ejen atau pihak ketiga.Setiap permohonan akan melalui proses penilaian kredit dalaman sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Bagi melindungi pelanggan, ACOM tidak mengenakan sebarang bayaran pendahuluan atau fi pemprosesan sebelum pinjaman diluluskan, kecuali Duti Setem dan Fi Pengakusaksian yang dibenarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

 

Bolehkah AKPK Membantu Pinjaman Peribadi ACOM Yang Masih Berbaki?

Ini merupakan antara soalan yang paling kerap ditanya oleh peminjam.

Jawapannya ialah tidak.

 

Sekiranya anda mempunyai baki pinjaman dengan ACOM, pinjaman tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK.

Hal ini kerana AKPK tidak mengurus atau menyelia semua jenis hutang di Malaysia. Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK hanya meliputi kemudahan pembiayaan yang layak daripada pemiutang yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

Memandangkan ACOM (M) Sdn. Bhd. tidak menyertai Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK, Pinjaman Peribadi ACOM tidak boleh disusun semula atau disatukan di bawah program tersebut.

 

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Menghadapi Kesukaran Membayar Balik Pinjaman Peribadi ACOM?

 

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran balik pinjaman ACOM, jangan abaikan keadaan tersebut.

Sebaliknya, anda disarankan untuk:

 

·       Sentiasa menjawab panggilan atau mesej daripada Pasukan Kutipan (Collection team) ACOM.

·       Hubungi ACOM seawal mungkin.

·       Terangkan keadaan kewangan anda secara jujur dan telus.

·       Bincangkan pilihan yang mungkin tersedia berdasarkan situasi anda.

·       Terus berhubung dengan ACOM sekiranya keadaan kewangan anda berubah.

 

Mengambil tindakan lebih awal lazimnya lebih berkesan berbanding menunggu sehingga tunggakan menjadi semakin serius.

Meminjam secara bertanggungjawab bermaksud anda juga bertanggungjawab terhadap pembayaran balik pinjaman. Jika anda menghadapi kesukaran kewangan, dapatkan bantuan seawal mungkin supaya penyelesaian yang sesuai dapat dibincangkan.

Di ACOM, kepercayaan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Kami memahami bahawa setiap individu mungkin memerlukan bantuan kewangan pada masa tertentu, dan kami komited untuk menawarkan pinjaman secara telus serta bertanggungjawab kepada pelanggan yang layak.

Walau bagaimanapun, setiap pinjaman datang bersama tanggungjawab. Oleh itu, pinjamlah mengikut kemampuan pembayaran balik anda dan rancang kewangan dengan bijak sebelum membuat sebarang komitmen kewangan.

Pinjaman sepatutnya membantu anda mencapai matlamat kewangan, bukannya menjadi punca tekanan kewangan pada masa hadapan.