WASPADA PENIPUAN (SCAMMER)
10 Mei 2024
WASPADA PENIPUAN (SCAMMER)

ACOM(M) menyedari 'entiti' atau 'organisasi' ini secara penipuan mendakwa dan menyamar sebagai ACOM(M) SDN. SDN. dan wakil syarikat. Harap maklum bahawa ACOM(M) tidak akan meminta bayaran pendahuluan atau apa-apa bayaran lain selain daripada duti setem & sijil perakuan seperti yang dibenarkan oleh Akta Peminjam Wang 1951. 

Untuk mengelakkan sebarang akses tanpa kebenaran pada akaun anda, sila berhati-hati untuk tidak mendedahkan data maklumat sensitif anda. Anda dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk melindungi diri anda daripada sebarang penipu. Sekiranya anda secara tidak sengaja telah memberikan butiran anda sebelum ini pada entity tersebut, sila hubungi PDRM, Pihak Berkuasa Berkaitan (KPKT) dan/atau ACOM(M) dengan segera. Pegawai ACOM(M) kami bersedia untuk membantu anda di 03-2382-8050, atau melalui e-mel di  customer@acom.com.my.

*Penafian- ACOM(M) SDN. BHD. tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang Kerosakan atau Kerugian yang disebabkan oleh sebarang transaksi yang dibuat kepada scammer ini atau mana-mana entiti yang mendakwa dan menyalahgambarkan sebagai ACOM(M) SDN. BHD. dan wakilnya.