ACOM, Pinjaman Mudah Diluluskan di Malaysia
31 Dis 2024

ACOM, Pinjaman Mudah Diluluskan di Malaysia

ACOM, Pinjaman Mudah Lulus di Malaysia

 

Apabila berdepan dengan keputusan besar seperti pinjaman dan pembiayaan peribadi, ketenangan fikiran adalah penting, dengan kepercayaan dan harapan menjadi pertimbangan utama. Justeru,  ACOM (M) Sdn. Bhd. memainkan peranan  yang sangat penting. Diperbadankan pada 23 Julai 2021 sebagai anak syarikat milik penuh ACOM Co., Ltd., sebuah penyedia penyelesaian kewangan yang terkemuka di Jepun sejak 1936, ACOM (M) Sdn. Bhd. memperoleh kekuatannya daripada pengalaman dan kepakaran luas syarikat induknya, serta mempunyai lebih dua dekad pengalaman dalam industri pinjaman peribadi di Thailand.

 

ACOM memegang sijil penuh untuk menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang di bawah pantauan Kementeriaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak November 2022 dan berjaya memperoleh i Lesen Pinjaman Wang Dalam Talian pada Januari 2024. Selain itu, ACOM juga berbangga dengan komitmennya terhadap falsafah berpusatkan pelanggan yang telah lama wujud. Permohonan pinjaman peribadi di Malaysia kini lebih mudah dan lancar.

 

Kelayakan Sebagai Peminjam

Keperluan untuk permohonan pinjaman peribadi daripada ACOM telah dibuat lebih mudah daripada apa yang lazim diperlukan. Pinjaman ini tersedia untuk kedua-dua kakitangan swasta dan kerajaan yang memegang kewarganegaraan Malaysia. Di samping itu, kelayakan ini juga dipermudahkan kerana anda layak untuk memohon pinjaman daripada ACOM selagi anda berkerja, tidak kira sama ada anda baru berkerja pada usia 18 tahun, ataupun sudah hampir bersara pada usia 60 tahun. .

 

Bahkan syarat kelayakan juga rendah. Apa yang anda perlukan hanyalah pendapatan kasar bulanan RM500 - 1/3 daripada keperluan biasa di pasaran di Malaysia - dan anda boleh mula memohon di ACOM. Ini pada dasarnya bermakna bahawa ia adalah salah satu pinjaman peribadi yang paling mesra di Malaysia, terbuka pada hampir setiap rakyat Malaysia dengan permit kerja atau surat pekerjaan yang sah, dengan satu-satunya pengecualian ialah anda tidak diisytiharkan muflis atau diistilahkan sebagai orang yang terlibat dengan politik.

 

Terma-Terma Pinjaman Yang Fleksibel

Jumlah pembiayaan untuk pinjaman peribadi ACOM adalah luas, merangkumi dari serendah RM250 hingga ke RM100,000. Ini menjadikan ACOM pilihan terbaik untuk mendapatkan dana kecemasan. Tempoh pembayaran balik adalah sama luas dan fleksibel, terdiri daripada tempoh dari 6 bulan bagi mereka yang ingin menyelesaikan pembayaran pinjaman mereka dengan lebih cepat, sehingga 60 bulan. Semuanya disesuaikan dengan keperluan individu dan peribadi pelanggan.

 

Proses Permohonan Yang Mudah dan Bebas Kerumitan

Proses permohonan juga mudah dan bebas dari kerumitan, terutamanya kerana pinjaman ACOM kini boleh dibuat melalui dalam talian, anda juga boleh melakukan permohonan dari rumah anda. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengisi borang permohonan mudah untuk mengesahkan identiti anda dan memberikan maklumat berhubung dengan anda supaya ACOM boleh menhubungi anda.

 

Selepas anda mengisi borang permohonan, muat naik dokumen yang diperlukan. Sekali lagi, ini adalah untuk mengesahkan identiti pemohon bahawa anda adalah warganegara Malaysia dan berkerja di Malaysia. Apa yang anda perlukan ialah Kad Pengenalan Malaysia (MyKad), dokumen PDF sama ada Penyata Bank Pengkreditan Gaji atau slip gaji 2 bulan terkini, dan/atau Penyata KWSP terkini dengan caruman minimum 2 bulan, dan akhirnya, bil utiliti terkini anda (air, elektrik, dll) dalam tempoh dua bulan terkini. Ia semudah itu.

 

Langkah 3, Kelulusan Permohonan, adalah di mana ACOM memainkan peranannya. Kakitangan mereka yang responsif akan menyemak dan menilai permohonan anda. Ini mungkin melibatkan Penilaian Kebolehpercayaan Kredit pemohon: ACOM akan menyemak sejarah dan skor kredit anda, Nisbah Hutang-kepada-Pendapatan (DTI): ACOM akan menilai keupayaan anda untuk membayar balik dengan membandingkan hutang bulanan anda dengan pendapatan, dan Penilaian Risiko anda (untuk pinjaman yang dijamin, penilaian cagaran mungkin berlaku (cth., hartanah untuk pinjaman gadai janji)). Keseluruhan proses biasanya mengambil masa kurang dari seminggu, kira-kira dalam anggaran 3 hari dalam waktu berkerja. Sekiranya semua dokumen yang diperlukan lengkap, status permohonan boleh diketahui pada hari yang sama.

 

Setelah permohonan diluluskan, pemohon boleh meneruskan ke langkah 4 di mana mereka akan di maklumkan untuk melengkapkan Pengesahan dan memberikan Tandatangan secara dalam talian mereka untuk berkontrak. Sama seperti langkah-langkah sebelum, ini boleh dilakukan dalam talian, di mana jua tempat yang sesuai untuk pemohon. Dari langkah awal hinggalah ke tahap ini, pemohon tidak perlu keluar dari rumah, menjadikan keseluruhan proses lancar, bebas dari kerumitan, dan sangat mudah.

 

Perkhidmatan Pinjaman Tambah Nilai ACOM

Sebagai perkhidmatan tambahan  pada pinjaman peribadi mereka, ACOM juga menawarkan Perkhidmatan Pinjaman Tambah Nilai. Antara syarat kelayakan bagi memohon pinjaman tambah nilai ini, pelanggan mesti mempunyai perjanjian pinjaman sedia ada dengan baki pinjaman dari pinjaman sebelumnya berserta rekod pembayaran yang baik dengan ACOM(M). Pelanggan yang layak akan dapat melihat butang tambah nilai muncul pada skrin portal mereka.

 

Pinjaman Tambah Nilai ACOM bersifat mudah. Semua keperluan yang dinyatakan di atas adalah kekal dan tidak berubah, dengan fleksibiliti produk yang sama (jumlah pembiayaan antara RM250 hingga RM100,000; tempoh pembayaran balik antara 6 bulan hingga 60 bulan). Proses permohonan juga kekal dalam aliran 4 langkah yang mudah dan bebas dari kerumitan, seperti yang dinyatakan di atas.

 

Pelanggan yang memohon Pinjaman Tambah Nilai akan menerima beberapa faedah. Pinjaman Tambah Nilai adalah ciri baharu yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT). Tujuan utama, untuk ketenangan fikiran  pelanggan, baki faedah pada kontrak asal pada masa Tambah Nilai akan dikecualikan. Setelah permohonan Pinjaman Tambah Nilai diluluskan, akaun Pinjaman sebelumnya akan diisytiharkan selesai sepenuhnya, dan akaun Pinjaman Tambah Nilai baharu akan diwujudkan. Jadual pembayaran balik juga akan diperbaharui.

 

Jumlah Pengeluaran untuk Tambah Nilai dikira dengan menolak "Jumlah baki pinjaman terdahulu anda" daripada "Tambah Nilai Jumlah Pinjaman yang anda mohon". Jumlah pinjaman asal anda akan di-Top-up dengan pinjaman tambah nilai yang baru.

 

Namun, ini disertakan dengan beberapa faedah tambahan. Pinjaman Tambah Nilai akan mempunyai tempoh yang lebih lama dan jumlah yang lebih besar dengan had kadar faedah anda kekal sama seperti pinjaman asal. Tambahan pula, ACOM tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan atau yuran tersembunyi kecuali yuran pesuruhjaya sumpah dan yuran pengakusaksiaan (duti setem).

 

Tiga Tunjang Teras Perkhidmatan Pinjaman ACOM

Dibina di atas tiga tunjang teras Permohonan Mudah, Wang Tunai Segera dan reputasi mereka sebagai Pemberi Pinjam Wang Berlesen, proses memohon pinjaman ACOM adalah pantas, memerlukan dokumen minimum, dan dengan hanya menjawab beberapa soalan mudah, pemohonan pinjaman anda akan diproses serta-merta. Permohonan hanya mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan. Kelulusan permohonan biasanya mengambil masa dalam anggaran 3 hari dalam waktu bekerja. Sekiranya semua dokumen yang diperlukan lengkap, status permohonan boleh diketahui pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, apabila permohonan diluluskan, wang akan dipindahkan dalam tempoh 24 jam selepas pemindahan.

 

ACOM menawarkan pinjaman yang pantas dan mudah lulus di Malaysia dengan pemprosesan yang cepat, kertas kerja yang minimum dan terma/syarat yang fleksibel untuk memenuhi keperluan kewangan anda.