Pemberi Pinjaman Berlesen vs Ahlong: Panduan Elak Terjebak Hutang Haram
28 Apr 2026

Pemberi Pinjaman Berlesen vs Ahlong: Panduan Elak Terjebak Hutang Haram

Jika anda rakyat Malaysia, anda mungkin pernah mendengar tentang ahlong atau lintah darat, istilah tempatan untuk pemberi pinjam wang tidak berlesen. Anda mungkin pernah melihat mereka dalam filem gangster atau laporan berita. Atau anda mungkin pernah mendengar kisah benar daripada keluarga atau rakan-rakan.

Berita tentang ahlong sememangnya sukar dielakkan. Misalnya, pada tahun 2024, seramai 17 ‘ahlong’ diberkas dalam hanya dua hari. Malah ada berita tentang ahlong yang memaksa peminjam untuk menjadi pak turut bagi mengurangkan hutang mereka sendiri.

Sindiket ahlong terdiri daripada operasi kecil hinggalah rangkaian jenayah yang besar dan tersusun rapi. Ada antara mereka yang berjaya dan menguntungkan, malah memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM27 Juta!

Disebabkan skim pinjaman haram oleh “ahlong” agak berleluasa, ramai orang tersilap anggap bahawa semua pemberi pinjaman wang adalah ceti haram. Ini menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap semua penyedia perkhidmatan pinjaman.

Akibatnya, mereka mungkin mengelakkan dari pemberi pinjaman wang yang sah dan berlesen kerana menyangka mereka juga “ahlong”, walaupun sebenarnya pemberi pinjaman berlesen dikawal selia dan mematuhi peraturan untuk melindungi peminjam.

Walau bagaimanapun, kenyataan umum ini tidak benar. Kerajaan sebenarnya mengawal selia pemberi pinjaman wang berlesen, dan terdapat banyak undang-undang yang melindungi peminjam dalam transaksi pinjaman yang sah.

Tambahan pula, terdapat cara yang jelas untuk membezakan antara pemberi pinjaman berlesen dan “ahlong”.

Sebelum kita menerangkan cara mengenal pasti penyedia pinjaman peribadi yang sah, mari kita fahami terlebih dahulu apa itu “ahlong” dan mengapa meminjam daripada mereka boleh menjadi berisiko.

Apa Itu Ahlong?

Istilah ahlong lazimnya digunakan di Malaysia. Ia merujuk kepada pemberi pinjaman wang yang tidak mematuhi undang-undang kewangan Malaysia, atau juga dikenali sebagai lintah darat.

Tidak seperti pemberi pinjaman yang berlesen, pinjaman ahlong (pinjaman daripada lintah darat) tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut adalah beberapa tanda biasa bahawa sesuatu atau seseorang itu adalah ahlong:

       Kadar faedah yang melebihi had sah 18% setahun

     Pinjaman diluluskan serta-merta tanpa dokumentasi yang betul

     Tiada perjanjian pinjaman rasmi atau kontrak bertulis

     Permintaan bayaran pendahuluan sebelum mengeluarkan pinjaman

    Komunikasi hanya melalui WhatsApp atau akaun media sosial

 

Kenapa Anda Tidak Patut Meminjam daripada Ahlong

Ancaman Kepada Keselamatan Diri

Meminjam daripada ahlong boleh membahayakan peminjam dan keluarga mereka.

Apabila pembayaran lewat, sesetengah pemberi pinjaman haram mungkin menggunakan kaedah ganas atau agresif untuk menuntut hutang. Ini bertujuan untuk memberi tekanan kepada peminjam supaya membayar balik hutang tersebut.

Kaedah-kaedah ini termasuk panggilan telefon yang kerap, penghinaan awam, dan juga lawatan oleh samseng. Mereka mungkin datang ke rumah atau tempat kerja dan mengancam keselamatan keluarga.

Antara kes yang berlaku tidak lama dahulu ialah pemerasan ugut terhadap pasangan warga tua dan seorang anak yang menderita diganggu oleh ahlong akibat kesilapan orang terdekat mereka yang meminjam daripada ahlong. Kedua-dua kes dilaporkan oleh Berita Harian dalam tempoh singkat hanya dua minggu.

Kadar faedah yang sangat tinggi

Kadar faedah yang tinggi merupakan satu lagi masalah dengan pinjaman ahlong.

Di Malaysia, pemberi pinjaman berlesen perlu mematuhi undang-undang dan terdapat had tertentu untuk kadar faedah. Menurut Akta Pemberi Pinjaman Wang Malaysia 1951, faedah untuk pinjaman bercagar dihadkan pada 12% setahun, manakala untuk pinjaman tidak bercagar, hadnya ialah 18% setahun.

Sebaliknya, pemberi pinjaman haram boleh, dan sering mengenakan kadar faedah antara 30% dan 50% setiap bulan!


Perbezaan Antara Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (KPKT) dan Ahlong

Mengetahui perbezaan antara pinjaman ahlong dan pemberi pinjam wang berlesen adalah penting bagi mereka yang ingin meminjam wang.

Pemberi pinjaman wang berlesen wajib mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 serta peraturan kerajaan yang ketat bagi memastikan amalan pemberian pinjaman yang adil dan selamat.

Berikut berberapa semakan penting yang boleh anda lakukan untuk membezakan antara ahlong dan pemberi pinjaman berlesen ialah:

1. Status lesen

Pemberi pinjaman berlesen mesti berdaftar dengan KPKT. Ahlong beroperasi tanpa kelulusan undang-undang.

2. Kadar faedah

Pemberi pinjaman wang berlesen di Malaysia mesti mematuhi had kadar faedah yang ditetapkan oleh undang-undang, seperti maksimum 18% setahun untuk pinjaman peribadi tanpa cagaran. Peraturan ini dikuatkuasakan di bawah undang-undang pinjaman Malaysia bagi melindungi peminjam daripada caj berlebihan.

Sebaliknya, “ah long” biasanya mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi dan tidak dikawal, yang boleh menyebabkan peminjam terperangkap dalam hutang dengan cepat.

3. Perjanjian pinjaman

Pemberi pinjaman wang berlesen akan menyediakan perjanjian pinjaman yang jelas menerangkan terma pembayaran balik, termasuk jumlah keseluruhan yang perlu dibayar, sebarang yuran yang dikenakan, serta kadar faedah.

Pemberi pinjaman haram mungkin tidak memberikan sebarang perjanjian bertulis. Tanpa perjanjian rasmi, mereka boleh mengubah syarat pinjaman kemudian untuk memeras lebih banyak wang daripada peminjam.

4. Amalan kutipan hutang

Pemberi pinjaman wang yang berlesen mengikuti amalan kutipan wang yang dikawal selia dan sah seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (termasuk peruntukan di bawah Seksyen V).

Pemberi pinjaman yang sah juga mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (melindungi daripada penyalahgunaan data peribadi, pendedahan hutang secara terbuka, atau menghubungi orang yang tidak berkaitan menggunakan maklumat anda) dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (tiada tindakan menipu, terma pinjaman mesti telus, layanan yang adil dalam proses pemulihan pinjaman).

Ahlong berkemungkinan besar menggunakan intimidasi, gangguan, atau ancaman haram yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan Malaysia.

Cara Mengesahkan Pemberi Pinjaman Berlesen di Malaysia

Sebelum anda memohon pinjaman, pastikan pemberi pinjaman mempunyai pendaftaran yang sah di sisi undang-undang. Ini membantu anda mengelak daripada berurusan dengan ahlong secara tidak sengaja.

Terdapat beberapa platform rasmi yang tersedia untuk membantu rakyat Malaysia menyemak kesahihan pemberi pinjaman wang.

Menggunakan kaedah-kaedah ini untuk melakukan pemeriksaan benar-benar dapat membantu anda mengelak daripada penipuan pinjaman. Kami mengesyorkan anda melakukan pemeriksaan di lebih daripada satu platform.

 

1. Semak melalui Aplikasi i-KrediKom (KPKT)

Pemberi pinjaman wang berlesen di Malaysia dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Anda boleh mengesahkan lesen pemberi pinjaman menggunakan sistem i-KrediKom yang tersedia melalui laman web rasmi KPKT.

Langkah-langkah untuk menyemak:

1.   Buka laman web KPKT atau sistem i-KrediKom

2.   Cari nama syarikat atau nombor lesen

3.   Sahkan sama ada pemberi pinjaman tersebut tersenarai dalam senarai rasmi pemberi pinjaman wang berlesen

 

Jika syarikat tersebut tidak ditemui dalam pangkalan data, anda dinasihatkan berhati-hati dan elakkan daripada meneruskan pinjaman.

 

2. Semak Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia menyelenggara satu senarai yang dikenali sebagai Senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Senarai ini mengandungi syarikat dan laman web yang mungkin terlibat dalam transaksi kewangan yang tidak sah atau yang menyalahi undang-undang.

Sebelum memohon pinjaman, adalah idea yang baik untuk melawat halaman Amaran Pengguna Kewangan dan mencari nama pemberi pinjaman.

Anda boleh melakukan semakan di sini di laman web BNM

Jika pemberi pinjaman berada dalam senarai ini, adalah lebih baik mengelakkan sebarang urusan dengan mereka.

 

3. Semak Portal SemakMule CCID PDRM

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai alat yang dipanggil portal SemakMule.

Melalui alat ini, anda boleh menyemak sama ada nombor telefon atau akaun bank terkait dengan penipuan yang dilakukan oleh ahlong.

Anda boleh membuat semakan ini di laman web SemakMule:

1.    Masukkan nombor akaun bank atau nombor telefon yang diberikan oleh pemberi pinjaman kepada anda

2.    Semak keputusan untuk melihat sama ada akaun tersebut telah dilaporkan sebagai operasi haram

3.   Jangan lakukan sebarang transaksi dengan akaun tersebut jika ia telah dikaitkan dengan operasi haram.

 

Kesimpulan

Apabila anda mencari penyedia perkhidmatan kewangan, adalah terbaik untuk memilih pemberi pinjaman berlesen yang mempunyai reputasi baik dan boleh dipercayai seperti ACOM (M).

Adalah lebih baik untuk meluangkan beberapa minit untuk menyemak sama ada pemberi pinjaman wang selamat untuk berurusan. Dengan berhenti sejenak dan mengambil langkah-langkah mudah yang diterangkan di atas, ia boleh membantu anda mengelakkan keputusan terburu-buru yang boleh membawa kepada masalah kewangan dan peribadi yang serius di kemudian hari.


Mengenai ACOM(M): Pemberi Pinjaman Wang Berlesen KPKT yang Dipercayai

ACOM(M) memiliki sijil ISO/IEC 27001:2022, menunjukkan piawaian yang kukuh dalam melindungi data anda dan memastikan maklumat peribadi anda selamat.

Dengan memilih pemberi pinjaman berlesen seperti ACOM (M), anda boleh berasa yakin. Proses pinjaman anda akan jelas, selamat, dan mematuhi peraturan Malaysia.

Ikuti kami di blog kami untuk mendapatkan lebih banyak petua berguna tentang kewangan peribadi dan pengurusan wang yang bertanggungjawab.

Anda juga boleh mendaftar akaun untuk memohon pinjaman peribadi secara dalam talian.